salji

Wednesday 24 April 2013

Rokok -_-

Assalamualaikum . selamat pagi :)

now , 5.47 pagi dah . nak dekat subuh :) jangan lupa subuh ye kengkawan .

this entry , den mau bilang , yang den benci rokok . den benci merokok , tapi ada jugak lah perokok yg den tak suka . senior den kata , kalau tak suka , kena benci perbuatannya , jangan benci pelakunya , sebab mana tahu akan datang dia yg lebih baik dari kita .

malam tadi den kuar g makan dengan senior2 seilat den . lepas tu den dengar khabar bahawa sorang senior den yang tak merokok ni dah try2 merokok . apalagi . naik angin aku . seriously , tak sangka giler dy merokok . sebab dy pernah kata yang dy takkan merokok .

even ada jer senior aku yang dah lama merokok ni . dah berbuih mulut aku ni nasihat . ye la , as a nurse , mesti lah nasihat org sekeliling aku ni ha . dy ni dah lah antara senior yg rapat dengan aku & akak nih . ktorg takut giler & marah giler time dengar dy merokok tadi . memang aku pukul dy . bebel gak la , tapi tak lah seperti selalu . sebab aku nak bebel panjang kat dy . tapi td tak sempat . ingat nak bebel masa otw balik rumah dari lepak . tapi d dah balik dulu . den pon bia je lah . balik tuh , ujan, dy jemput ktorg naik keta . sepatah haram aku tak cakap apa kat dy . just terima kasih je sebab amik ktorg .

sakit hati weh . tak tahu lah kenapa . lama gak la aku bermuram kat dalam kedai tadi . tak dapat nak senyum . ni aku dah perli gak la kat FB ni ha . HARAP TERASA .

BELIA BENCI ROKOK ! & selamat subuh .

sekian .
assalam . suka? boleh LIKE ^^

Thursday 4 April 2013

Sorry Sebab Aku Memang Sebegini

Assalamaualaikum .

selamat malam .
oke , aku baru je balik dari KL , tujuan utama aku g KL nak melawat mak akak senior aku kat HKL . sakit thyroid . tapi sekarang aku bukan nak citer pasal aku g HKL , tapi pasal someone yang

tadi balik dari KL , macam biasa , aku dalam kereta , bising lah . aku kan , tak cukup mulut kalau nak cakap , tapi dia bukan kenal aku baru lagi kan ? dah lama kan ? tapi kenapa aku rasa macam dia baru kenal aku baru je lagi ? aku tahu dia ngantuk dalam keta , dia drive , dan untuk mengelakkan dia mengantuk , aku nak bisinglah dalam keta . tapi dengan selambanya dia berkata "tini boleh shut up tak ? "

oh my . aku terus diam . dan aku diam . diam dan diam . sampai lah dah nak dekat sampai kolej . aku terus tegur aku sebab aku nampak dia mengantuk . salah ke ? maaf lah sebab aku bising . itu memang aku . orang sekeling aku tahu aku macam tuh . tolong lah . aku mintak maaf sangat .

kalau jangan buat aku macam tu boleh tak ? aku tahu , aku perempuan , aku gadis , aku wanita . bakal nurse ! tapi kalau dah aku emmang macam ni , nak buat macam mana ? tolong lah terima aku seadanya . aku tahu aku bukan sesiapa bagi kau , hanya JUNIOR kau . maaf andai aku adalah seseorang yang kau tak suka .

aku menyesal suka kat kau ~ suka? boleh LIKE ^^

Monday 25 March 2013

Share sikit

Assalamualaikum .. 

sihat semua ? Alhamdulillah jika sihat . jika tak sihat tu , Allah sedang uji kita , mungkin dalam proses pembasmi dosa dosa kecil kita atau proses peningkatan iman kita mungkin . 

okeng , saya just nak update diari on9 saya nih setelah sekian lama sya tak update . 

saya sihat alhamdulillah . baru baru ni saya ada join satu camp , yang dianjurkan oleh persatua mahasiawa Islam ,kolej saya nih . Alahmdulillah , adalah input yang saya dapat , even sikit pon sebab saya ni jahil bab ilmu agama nih . Banyak pengalaman yang saya dapat , kenalan baru even satu kolej , tapi ada yang tak pernah jumpa . tu lah , gunanya join aktiviti persatuan nih . sebagai resolusi dalam camp tuh , saya akan melakukan sesuatu *banyak sebenarnya* untuk memperbaiki diri untuk mendekati Allah , antaranya puasa sunat , Qiam , solat sunat rawatip even saya tak tahu macam mana nak buat tu pada mulanya , sedekah , adalah kekerapan yang telah ditetapkan . inshaAllah saya akan jalankan semua tuh . ini boleh hilangkan sifat M ! resolusi sesama ahli peserta pon ada untuk mengeratkan ukhwah yang telah sedia ada .
selain saya selalu join aktiviti persatuan silat saya tuh . tak salah join banyak parsatuan nih , asalkan tahu bahagikan masa , lagi lagi student macam saya nih . dengan assignment nya lagi , study nya lagi . banyak benda nak di buat dan boleh buat sebenarnya . cuma kena pandai bahagikan masa . ini pon , saya baru je siapkan satu assignment group . this week nak kena hantar dah . doakan kami mendapat yang terbaik . 

inshaAllah , mengikut perancangan , weekend ni nak balik kg ! wee !! lepas tuh , minggu depan nak g penang pulak ! nak hantar pengantin sedara . hehe . mak yang ajak , tapi tak sure lagi . inshaAllah lah .  tak apa , pasal kes g penang tuh , t saya story mory lagi ek ? (: 

okeng , saya nak balik rumah *kat library nih* , nak carik makanan ! huh . lapar -_-

daa . assalam . 
suka? boleh LIKE ^^

Thursday 14 February 2013

Family Cekak

Assalamualaikum .

haa , entry baru lagi ?
hehe . bosan , aku hupdate lah entry baru . ada la jugak bahan nak update .
aku rajin update sebab bosan kod . aku baru jek bukak sem . short sem . so , schedule agak kosong , tak macam schedule sem 1 & 2 dulu .

hari ni aku nak cerita pasal family baru aku . family lama aku tetap ada , parents aku , abg & akak aku . still ada , aku tak abai kan pon . kalau dulu family alam maya , aku kenal adik adik aku dalam FB jek . sekarang ni dah agak jauh dah hubungan kami , but still contact by FB lagi lah .

so now , family cekak . i love this family . family ni dah ajar aku macam macam . apa yang aku tak dapat dulu , aku dapat dalam family nih . myb korg pelik sikit kod , apsal family cekak ? hehe . silat cekak pernah dengar ?
dalam kolej ni , aku masuk satu persatuan nih , Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) .
dulu aku tahu silat gayung jek . kat kolej ni pon ada jek silat gayung . tapi , aku tergerak hati nak masuk silat cekak . so , termasuk lah aku dalam family cekak nih . aku nak ceritakan pon tak tahu macam mana . memang giler kalau masuk family nih . haha .
aku yg memula elok sempurna otak aku , lepas kenal dorg dorg , terus senget . haha ! best . seriously , best . hanya Allah yang tahu bagaimana bahagia nya aku mengenali insan macam dorg .
aku harap sangat , kami tak terpisah , tapi bila fikir balik , aku kat kolej ni 3 tahun jek . ni pon dari sekarang dalam dua tahun lebih jek aku kat sini . tapi apa apa pon , semoga Allah merahmati hubungan kami & semoga hubungan kami hingga ke akhir hayat & akhirat . in sha Allah .

nak kenal family cekak aku ?

hidup cekak ! 

ini , gambar demo kali kedua selepas aku masuk family nih . 

kami di puncak broga ~ :) 

pic ramai ramai :) santek ! 

ni pic tahun lepas . time mula mula aku masuk family nih . memang noob lagi masa nih .. 

well , ini lah kami .. <3

:: en. kaca mata yang aku suka tuh pon dari family cekak ni jugak . hik hik :) suka? boleh LIKE ^^

Tuesday 12 February 2013

Sambungan Tentang Perasaan

Assalamualaikum w.b.t

okeh . aku sambung diari online aku di sini .

ingat lagi cerita en. kaca mata & en. noob aku ? haha . kalau baca , ingat lah . aku baru cerita pada post yg lepas ni . post tahun lepas lah . haha .

sekarang aku dah buang perasaan aku pada en. noob jauh jauh . beliau dah bahagia dengan pasangan beliau . tak tahu dah official ke belum . yang pasti , pada aku dorang memang saling suka . cuma ego jek . so , en. noob dah tak ada kena mengena dengan aku langsung . cuma sebagai senior & junior sahaja . okeh ? dalam hati ku , en. noob . okeh . selesai ..

lagi sorg , en. kaca mata . ingat ? haa , beliau ni , masih dalam hati lagi . belum pangkah lagi nama beliau . hee .. tapi , masalah nya sekarang beliau tuh , dingin sangat kat aku . orang lain steady jek . dia ? hampeh . kadang kadang , kalau bersua muka , tak pernah cakap sepatah haram . kadang kadang , aku pandang beliau , pastu kena marah =..=" marah tuh , tak lah marah sangat . dia just cakap , "kenapa tini ? apsal pandang pandang ? " gitu lah bunyik nya ..
even beliau berperangai sebegitu rupa , aku still takleh buat hati aku untuk tidak jatuh hati pada beliau . sebab aku sendiri tak tahu menahu apa pasal , kenapa , bagaimana , mengapa aku boleh jatuh hati pada beliau . ni , tak tahu lah jatuh hati ke , jatuh jantung ke , tapi  rasa nya , suka suka gitu je kod . hanya Allah yg Esa je tahu . aku sendiri , empunya badan , empunya hati , tak tahu . ye lah , Allah yang cipta kita , mesti lah  Dia tahu segala galanya .

tak apa , yang penting , bila kita suka someone tuh , kita doa kan beliau . semoga Allah sentiasa merahmati mu en. kaca mata ~ Allah tahu segala yang ada dalam hati kita . jika benar engkau jodoh ku , sama sama kita doa kan , yang Allah dekat kan hati kita . suka? boleh LIKE ^^