salji

Saturday 31 December 2011

Selamat Tinggal 2011 > Selamat Datang 2012

Assalamualaikum ..

Selamat tinggal 2011 ..
banyak meyh kenangan dalam tahun 2011 ni ..
dapat jumpa ngan member baru ..
dapat adik dalam alam maya ..
menempuh peperiksaan yg sangat tidak dinantinantikan ..
haisy ..
tahun ni gak , aku banyak kecewa ngan ...
haha .. let by bone be by gone lah ek ??
dan , tahun ni .. tahun last aku kat SMK tiram jaya ..
sedeyh weyh bila tinggalkan skola ..
rasa macam , dah tak kenal sesiapa lagi dah ..
even boleh jumpa lagi . tapi , tak sekerap dulu ..
dulu , kami(member) gelak sama2 ,
makan sama2 ..
kadang2 , gosip sama2 ..
aku taknak tinggalkan sekolah !!
tapi aku taknak amik exam lagi !
huuu ...
kawan kawan .. kalau dah bawa haluan masing2 ,
jangan lupa aku kat sini ek ??
aku sentiasa rindu korg ..

dulu ,
tak terasa sangat la ,  nak tahun baru ..
sebab tak tinggalkan skolah ..
tapi tahun ni ..
sedeyh ! sebab tahun baru memaksa aku tinggalkan skolah ..
sob .. sob ..
*kalau nak register form 1 balik boleh tak ?? ehek ~

Selamat datang 2012 ..
kehadiran anda , tidaklah begitu dialualukan ..
tetapi , apa kan daya , masa berlalu ,
dan kami terpaksa juga menempuh diri mu , dalam masa 12 bulan ini ..
kami harap , tahun 2012 ,
akan membawa makna kepada kami ..
semoga kau , membawa kejayaan kepda kami ...
penduduk bumi ..

sedeyh meyh ..
rasa nak nangis ..
uhuk ..
ok , cool .. kata jiwa kental ?? haha
kental la sgt ..
kalau nak jatuh air mata tu , jatuh la jugak ..

haha .. aku rasa ,
macam nak jatuh dah air mata aku ..
dpt text dari member ..
dorg cakp ,
macam nak putus hubungan je.
weyh , aku sayang korg weyh ~
selamanya ..

ok .
now 23.53 > 31/12/2011
sat ag nak new year ..
ok .. aku dah tak muda lagi .. dah nak 18 dah ... tapi ,
tepat tepat 18 tu , lama lagi .. haha

2011 > bye bye ..
kenangan >> kaw hanyalah sebuah kenangan ,
yg akan sentiasa ku ingati selalu

2012 > welcome ..
bakal kenangan >> kaw akan hadir dalam hidup kami ..
harap harap , kenangan yg boleh kami ingati & rindui ..

=salam=
suka? boleh LIKE ^^

Tuesday 27 December 2011

27 Disember 2011 = Selasa = 7.30 am - 5.15 pm

Assalamualaikum ..

hari ni, aku tak lekat kat umah. hari ni, hari berjalan 1 bandar bg aku. hehe
nak taw sebab apa ? meh sini aku citer ~

pagi td, aku bangun cam bese lar (agak lewat sebenarnya), oleh sbb aku ngan mmber aku dah rancang nak g tg (nama bandar) pagi ni, so, awal2 pagi tu aku masak lah. ye la, tok abg n pak aku. mak aku kerja. aku lah yg kena masak tok dorg. kalau tak sedap, haha. pandai2 lah carik makanan lain ! hehe

ok, aku dah siap masak, rebus air, cuci pinggan mangkuk, aku p amik sabun, >> cuci motor ! 
dah macam bajak pas masuk sawah dah aku tgk moto rempit aku tuh.
oleh sebab aku ingat nak g tg pagi tu, dengan perasaan rajin sesangat aku tu, aku p la cuci moto yg tak bapa nak rupa moto tu ~

then, dah siap cuci moto, aku p la siap siap nak g tg. mandi, pilih baju, iron tudung, make up ( haha, tak make up pon. aku tak suka make-up2 ni)
ok, dah siap, aku berangkat lah g tg dengan hati yg tulus ikhlas lagi suci dan tulus ni nak p carik kerja.
tgh otw g tg tu, aku dapat call dari mmber aku yg nak p carik kerja sesama tu, dy kata tak ada motor plak nak g.
aduss, tyme tu, hati aku hancur gilar woi ! aku ingat tak jadi nak carik kerja. pahtu, dy kata, ok, dy tunggu pakcik dy balik, aku pon kata lah, aku tggu dy kat cc kat tg tu. ok. aku tggu dy dalam 20-30 minit cam tu lah. then dy pon sampai.
setelah beliau sampai, aku pon p bayar pc yg aku dah guna tu, rm2 jep ! :D

then, kami memulakan perjalanan kami dalam pencarian kerja.. ktorg tak kesah kerja apa, kat mana. tapi kerja yg semenggah lah. tak la kerja yg tak semenggah ~

ok, kami memulakan perjalanan kami di kedai Sakan.
kat sakan tu, ramai mmber lama aku. dorg kerja situ gak. salah satu nya, ialah Amirul Omar :) .. classmate aku sejak sekolah rendah. haha. mirul ! lap u lah !
ok, kitorg terjumpa dy, then dy rekemen kan kitorg kat manager dy. then, kitorg isi borang lah. pas isi, kak manager tu ada lah ckp apa apa yg patut kat ktorg. beliau berkata "ok lah, nanti kalau ada apa apa akak telefon,  ok ?"
ktorg pon ok je ~
then , kami meeruskan perjalanan kami ke Wanita pulak. kat kedai tu plak , ada sorg member schoolmate aku, tapi, ktorg tak ada lah rapat sgt. kenal2 je. tapi slalu gak la tegur.
and ! tyme tu plak lah. aku terjumpa cikgu skolah rendah aku yg aku syg .. cikgu Zainuri, yg terkenal dgn muka yg garang tu. but dy sweet lah kalau baik2 dgn dy. haha. dy mmg sweet guy :D
btw cikgu Zainuri, i miss u lah cikgu ! <3
ok, masuk tajuk carik kerja balik ~
kat kedai wanita tu pon kitorg isi borg gak.
lepas Wanita, ktorg usha kedai Karnival plak. kat kedai ni, ktorg dah comfirm diterima kerja dah. tapi, ktorg ckp t ktorg call akak tu kalau ada apa apa .
pas usha Karnival, ktorg g kedai Nabia plak. ktorg tak usha kedai tu, ktorg jenguk je sbb mmber lama ktorg kerja kat situ. dy kata, kalau kerja kat situ, kena pakai baju kurung je. dalam hati aku "ya Allah, aku tak sanggup nak pakai baju kurung hari hari"
aku pakai baju kurung tyme raya n g kenduri je. n tyme skola dulu. lain masa tu, oh sorry2say. aku jarang nak hadap baju kurung ni ~

kedai kedai lain yg ktorg usha ialah : KFC n Pustaka Chiew. eh. ni baru 5 kedai. apa lagi kedai yg aku tak mention ha ? haha. lupa plak . mang dah tua lah aku ni ~

ok, petang tu plak, aku g bank, nak kua duit. ada keperluan .
kat dalam bank tu. Ya Allah. macam macam ada. antaranya :
ada kakak yg pakai baju adik dy. dy pakai tudung, tapi sluar jeans dy. Masya-Allah. aku rasa, dy yg tgh pakai tu pon seksa. aku tgk pakcik yg kat sebelah aku ni, dalam hati aku ckp "apa jugak lah yg pakcik ni tgk". kan tak pasal pasal tambah dosa kaum adam macam tu. tak baik dok !
kalau tak nak bg dorg tgk, jgn lah pakai pakaian lagu tu. geram plak aku ni. nak je aku sound.
dah lah keadaan kat dlm bank tu sesak. ramai org, turn nak jalan plak, slow. aku bukan nak salah kan dorg, tapi, aku merungut nih. (hehe)
tp biaq p lah. benda dah lalu. tapi kan, tyme kat dalam bank tu jugak kan. aku terjumpa cikgu lama aku. cikgu Roslan. dy ajar aku tyme f2. dy ajar, subjek Geografi. aku rasa, sbb dy lah aku slalu dpt A dalam ujian Geo. tapi tyme PMR, aku cuma dpt B je :D .. dy pindah skola lain tyme aku form 3 kod. dah lupa dah aku. lama sgt dah ~
aku nak usha cikgu tu, aku malu plak. tp aku dapat rasa kan , yg dy kenal aku lg. (hehe)

lepas kuar dari bank tu, aku berniat nak p KFC, rindu nak lahap KFC, padahal, esok aku ngan mmber aku nak p lepak KFC lagi. haha. teruk tol aku. tak menyabor ~
tapi ada aku kesah ? haha. aku g jela beli.
tak la banyak sgt, tapi banyak la jugak aku beli ~
aku tapau, bawak balik umah. makan ngan abg kesayangan aku. sedap woo !

haha. tamat suda cerita aku hari ni. penat seyh aku type ni. panjang ni. sengal sengal dah jari jemari aku yg mulus lagi tulus ni. haha ! tulus mata mu ! (hahaha)

ok lah. len kali, kalau ada cerita lagi, aku citer k ?
dadaa ~
=salam=
suka? boleh LIKE ^^

Saturday 24 December 2011

Jodoh Tak Kemana

Assalamualaikum..

Hari ni, 24/12/2011 bersamaan hari Sabtu. aku telah mengikuti ceramah teori & amali 6jam bagi lesen moto & keta. pagi td, aku g kat office tempat aku daftar nak mek lesen tu. 
setelah lebih kurang 2 jam menempuh perjalanan g sabak, baru aku perasan, ada budak sama tempat daftar mek lesen tu, oh ! comel !! 

dy tak ada lah comel sgt, tapi bg aku, cute lah gak. sbb dy ada janggut sejemput. hee ~
then, muka dy pon, tah lah. bila aku tgk muka dy, hahaha ! suka nya aku ! 
kadang kadang, tyme dalam kelas tu, aku ada jugak lah jeling2 dy. aku rasa dy pon perasan yg aku pandang dy jer. haha. aku plak yg termalu. hehe

dy ada jugak tyme aku g ceramah kali pertama tu.tapi aku tak prasan plak yg dy secomel tu. haha. aku cuma perasan sorg budak ni. hoho. tapi aku dah tak jumpa dah budak tu. hehe

nama budak yg cute tu, yg ada janggut sejemput tu, Suhaimi :)
haha, membe aku bg gelaran kat dy, SOHEY. hehe. nak gelak aku bila aku dgr nama SOHEY tu. haha

sampai balik aku senyum2 macam kerang busuk. haha..
aku nak je mintak number dy, tapi, aku malu lah ~ tak kan aku plak nak p mintak number dy. hisy. ~
hurm.. apa nak buad.. berdiam je lah ~

jodoh tu, urusan Allah. kita hanya mampu berdoa, yg kita menginginkan jodoh yg baik baik untuk kita.. 


tapi kita perlu berusaha kan ? kita boleh berdoa agar kita dijodohkan dgn seorg yg kita cintai.. kita hanya mampu berdoa. Allah yg menentukan. tapi, kalau tidak dimakbulkan, maknanya, Dia telah menetap seorg jodoh yg lebih baik untuk kita ~



tak apa lah awak, kalau jodoh tak kemana. kan ? hehe


bye bye cutie !
suka? boleh LIKE ^^

Thursday 22 December 2011

Tolong weyh !

Assalaamualaikum..

ok, malam malam ni aku tak tahu nk buad apa, so, aku update je la blog aku yg tak berapa nak rupa blog ni. ahak ! 

lepas SPM ni, aku tak buad apa pon , cuma tolong mak aku edar kad jemputan org kahwin je. dapat la jugak komisen :D 
tapi, kalau tak ada benda nak buad, aku dok umah je lah. tambah lemak :DD haha
selain tambah lemak, aku juger menunggu pinangan org. haha (berangan kuad !)

bosan giler kod dok umah ! aku nak kerja mak aku tak kasi. 

aduss,, mak, apsal tak bg org kerja ? dok umah ni bosan lah mak ~ hari hari masak kat umah.. kalau masak kat restoran kah, hotel kah, ok lah jugak mak .. org dah lah tak suka masak ! kang masak tak sedap kang, complaint ~
mak, kawan org dah offer kerja ni. boleh lah mak. nak kerja ! boleh tambah pengalaman ~ boleh tambah income ! haa..
ala, bukannya jauh sgt ~ lagipun ada member yg g sama. member 1 kg mak ! mak pon kenal mak pak dy ! 
mak !!

sebenarnya, susah nak pujuk mak pak aku ni. aku pon buntu sebenarnya, macam mana nak cakap kat mak pak aku yg aku nak kerja. aku  buntu weyh ! 

#ada sesiapa yg nak tolong aku pujuk mak pak aku tak ! tolong weyh !!

Y__Y sob sob ~~ 
suka? boleh LIKE ^^

Thursday 15 December 2011

Kisah Hati Episod I - Cinta Yang Agung


Assalamualaikum..
Memberi salam itu sunat, menjawab salam itu wajib..

Bila cakap soal hati, apa yang terlintas kat fikiran masing2, msti cinta. Kan ?
Apa yg aku nk citer kali ni, mmg pasal cinta.

Apa itu cinta ?
Ada sesiapa tahu ? cinta itu tentang hati, tak siapa tahu. tahu, tapi mengikut pandangan masing2. Tak sama antara semua org. tapi, semua org boley rasa cinta itu kan ? org berumur, org dewasa, remaja, mahupun kanak2. Setiap insan di dunia ini pasti akan ada rasa cinta, paling tak pon, sayang. Even pembunuh pun ada rasa sayang. Dy sayang kat mak dy, mybe ?


Ok, episod ni(poyo kaw, nk berepisod episod), aku xnak citer pasal cinta sesiapa. Aku Cuma nak citer pasal cinta Yang Agung, iaitu, cinta Allah yg tiada bandingannya. 


Allah menyayangi semua umat –Nya. Tapi, Cuma umat-Nya je yg tak sedar diri, iaitu tak mencintai Allah, tapi lebih mencintai sesama manusia. Tapi tak ada lah semua org yg tak sedar diri tu. Tapi ada jugak lah segelintir penduduk bumi tu yg tak sedar diri. memang lah boleh mencintai sesame manusia, tapi, cinta pertama kiter harus kepada ? siapa ? mestilah kepada Allah s.w.t. Dia yang ciptakan alam ini, kehidupan ini, Dia juga yang ciptakan manusia yang kiter cinta tu. Apsal plak kiter nak cintakan ciptaan-Nya sebelum mencintai penciptanya ? pelik tak manusia ni ?
Kadang ni, manusia tak mempunyai sifat kesedaran diri, sebab tu manusia  cepat lupa diri, aku tak cakap org lain k ? aku merujuk kepada diri aku jugak.  ~_~

Ok, kalau kiter nak cinta kepada Allah, persoalannya, macam mana cara kita cinta kepada-Nya ?
Soalan yg sgt mudah. Jawapannya mestilah mudah jugak.

                1st : kiter mestilah melakukan suruhan-Nya & meninggalkan larangan-Nya. Taw tak suruhan-Nya apa ? mestilah taw kan ? tak kan la xtaw. Kalau tak taw, g kedai buku , g beli buku tentang Islam. Kat dalam tu mesti ada punya.. k ?
                2nd : memperbanyakkan amalan sunat cam solat sunat pada sepertiga malam, bersedekah & so on la. Banyak sebenarnya amalan sunat ni.

Cara nak dapat pahala sangat banyak. Senang je. Kiter senyum je pun da dapat pahala. Senang kan nak dapat pahala ? tu la, Allah sayang kat kiter..


Banyak cara lagi nak cintakan Allah. Berzikir, berbuat baik kepada semua hidupan, bukan pada manusia je, kat haiwan skali taw . haiwan tu pun ciptaan Allah.

So, pengajarannya, sebelum mencintai ciptaan-Nya, cintailah Penciptanya dahulu. Ok? 


Untuk kisah hati yg lain, kiter citer pada episode yg akan dating datang k ?

#waahh.. kelass kaw. Ada episod2 barang ni hah =,=

=salam=
suka? boleh LIKE ^^

Tuesday 13 December 2011

Perkenalan Alam Maya

Haha.. (belum apaapa dah gelak dulu dah ?)
Xde lah, Cuma, yela, org kata, xkenal maka xcinta. Yelah, mana tak nye, xkenal pon, macam mana nak cinta kan ? tapi, org dulu2 mak pak dorg jodohkan, kekal je smpai sekarang ? bahagia je smpai anak cucu ?

Apa ni ? aku bukan nak citer pasal cinta, jodoh ni. Aku nak citer pasal alam maya.
Taw alam maya tu apa ? bukan Maya Karin taw.  ala, alam maya tu, alam cyber. Macam fecebook, myspace, twitter, Friendster & banyak lagilah..
Kat alam cyber ni, macam2 boleh jadi. Yg jadi hacker pon ramai gak. Sbenarnya, benda ni elok. Kalau pandai guna. Kalau xpandai guna tu, x eloklah jadinya.

Aku bukan nak citer pasal org len, aku nak citer pasal aku jugak. Aku ni anak bongsu dari 3 orang adik beradik. Aku ada 1 abg, n 1 kakak. Alam reality ni aku xpenah kena panggil along, akak tu ada la, sedara2 tu ada la yg panggil akak. Tapi, along xde lagi.

Bermula di alam cyber ni, aku dipanggil along.. semuanya bermula dari sebuah akaun facebook sorg player bola ni. Yg bernama Mohd Nazmi Faiz Mansor. Sejak add acc tu, aku mula lah dapat friend request yg banyak. Tapi xde la banyak sgt. Tapi banyak la jugak. Memula sorg ni, namanya Nur Fatin Kirana a.k.a kak mi. Dy la memula add aku, then, kitorg borak2 la pasal player bola. Pahtu, Mieya Amira a.k.a kak yong , Ara Cirah a.k.a angah , LuvpOpmusix Gurlz a.k.a adik menyusul add aku. Then, aku plak add sorg mamat ni. Namanya sedap. Muhammad Amzar a.k.a abang.  Dy sorg je laki. Sbb tu la pangggil abg. Sbenarnya adik yg mula panggil abg. Tu yg aku ikut tu, sbb dy sorg je laki dalam kalangan kami ni.

Then terjadilah keluarga bahagia :P
Haha.. weird siblings ya ? haha

Kitorg slalu borak pasal pemain bola.

Kalau kak mi tu, dy suka . Nazmi Faiz Mansor. Kenal kan si Nazmi tu ? ala, pemain bola yg paling muda tu tyme sukan sea kat Indonesia tu.  Kitorg panggil dy kak mi sebab mi tu nama Nazmi :P

player kesukaan kak mi :P

 Kalau Mieya Amira a.k.a kakyong tu, dy suka abg Syafiq Rahim. Dulu aku pon suka Syafiq Rahim tu. Hehe, dy dah balik Malaysia lepas 2 minggu dy jalani latihan kat Cardiff City ! *winkwink

abg Syafiq Rahim :)

Kalau angah plak, dy suka kat Wan Zaharul Nizam a.k.a kechik. Angah ni, suka perli org. tapi, aku ok je. Dy selalu la jugak ejek aku. Tapi, ada aku kisah ? huhu.. but she’s ok la . xde la jahat sgt. Ala, nakal lagi tu. Bese la.

wan angah :)

 Adik. Aku suka adik ni. Best bila borak ngan dy. Dy ada banyak sumber yg boleh kitorg taw pasal player bola ni. Dy ni ‘adik’ kepada ‘laki’ aku. So, aku ni ‘kakak ipar’ dy.. :P  Dy plak suka kat Syahrul Azwari. Ala, yg jadi hero Malaya tu :P

ha. ni la syahrul azwari adik :)

Abang. Dy suka suka suka sangat pada papa dy. Taw papa dy sapa ? haha.. coach Ong Kim Swee.. tu la papa dy. Haha. Tyme kat acc si Nazmi tu, keje dy asek mintak number Coach Ong Kim Swee je. Aku pon xtaw apsal. Tringin nak jadi player bola gak kod..

papa abg :P

 Ok now. Aku. Kartini a.k.a along. Aku suka pada Izzaq.. ala, Izzaq Faris Ramlan, jersi no. 14 tu. Yang tinggi lampai tu. Ha, tu la. Izzaq tu la ‘abg’ adik a.k.a ‘laki’ aku :P
 Dy striker. Tapi tyme main kat sukan sea kat Indonesia baru baru ni, dy injured. Sedey aku tgk dy. Sampai kena operate. Sgt sedey. Tapi, apa boleh buad. Aku hanya mampu berdoa.
 Aku suka dy pasal, dy tinggi. Aku suka lelaki yg tggi even aku ni pendek je org nyer :P

wane pink tu, saya lah yer :P

Aku slalu berhajat nak jumpa Izzaq ni. Even skali seumur hidup. Aku nak amek gambar ngan dy, even 1 keping gmba je. Asalkan aku dapat jumpa dy. Tapi, rasa cam susah sikit. Bukan sikit. Tapi banyak.
Tapi, apa apa pun. Gud luck ea Izzaq ? cepat sembuh k ? bia dapat cepat main. N aku boleh tgk kaw slalu :P    *nak add acc kaw xdapat ! friend request banyak sgt !  geram lah ! 

Izzaq, si tinggi lampai :)

Papepon, gud luck too sumer player bola Malaysia ! semoga dapat main dgn baik slalu :P
Even aku suka pada Izzaq, tapi aku still sayang kat korg(player bola Harimau Malaya) k ?
:P

Harimau Malaya :)

maaf la, xmuat nak tulis suma nama :*



Ok, aku harap, hubungan aku ngan kak mi, kak yong, angah, adik n abg akan kekal sampai bila bila k?

<3 korg <3
suka? boleh LIKE ^^

Monday 12 December 2011

Keperluan Ataupun Kemahuan ?

 ...Setiap manusia memepunyai keperluan yg sama. Tetapi, bukan kehendak.
Manusia mempunyai kehendak yg berbeza. Contohnya, seorang remaja yg inginkan kebebasan dalam hidup.

Ok, sebenarnya, aku nak citer pasal kebebasan remaja.

...Ni bukanlah isu yg besar pon, tapi kalau tak dinasihatkan remaja skarang ni, hancur dunia woi ~
Ok, me, as a teenager, nak la jugak kebebasan. Tapi kebebasan tu ada tahap dy.  Macam mana tahap dy tu ? meh aku citer.

>> Biler kiter nak kan kbebasan, dan biler parents kiter tak bagi, kiter akan marah kan ? tak la sume org marah, tapi still ada rasa tak puas la kan ? dan, biler ada yg marah, tak puas hati sgt2, tyme tu la ada yg nak lari rumah ikot bf la. Papetah. Bf tu bukan laki korg pon. Yg p ikot laki tu apsal ? (hehe, emo sat). k, kalau tak lari rumah pon, korg still xpuas hati jugak kan ? lepas tu, merajuk, xnak dgr cakap parents, xnk tolong mak kat dapur, xnak kuar bilik. (hehe, kgkadang aku pun cm tu gak).
Tapi tak patut la wat camtu sbenarnya. Parents kiter halang myb sbb takud kiter ni enjoy sgt. Cpt sgt tpengaruh ngan kgkawan yg mmbawa sikap ngative kat korg ~ ye, parasaan parents, mstilah. Parents mana yg xsayang anak kan ?

Tapi..

>> Ada tapi nyer jugak ni. Parents tak boleh la nak kongkong sgt ank2 tu. Lagi parents kongkong, lagi dorg berani nak wat macam2 taw. Remaja ni mana boleh dhalang sgt. Nanti makin teruk dorg wat. Contoh, parents tu tak bg anak nya kuar rumah tanpa sebab yg munasabah dengan alasan, “kaw tu kecik lagi, tak payah nak merayau. Kalau ada apa2, kami jugak yg susah” & macam2 lagi la alasan.. Ok, mang la parents xnak kiter ni susahkan dorg. Tp kalau dkongkong sgt teenagers ni, lagi susah parents taw. So, kepada parents kat luar tu, jgn kongkong sgt anak2 tu k ? bg la sikit kelonggaran kat anak2 tu, sikit je pon ok lah. Kalau anak2 nak keluar ngn kgkawan tu kejap, bg lah. Kalau takud ada apa apa, mintak no kgkwan anak2 tu. Senang nak taw sapa kgkawan anak2. pon kena taw dgn sapa anak2 bkawan. Jgn tak tahu. Kawan anak2 kawan parents jugak ~

Haa.. meluah perasaan kaw ~ hehe, xde lah. Aku luahkan sikit je ni ^^

p/s : jgn la lari rumah or wat something yg wat parents korg risau k ?  J
suka? boleh LIKE ^^

Sunday 11 December 2011

Saya Budak Baru Belajar :)

Assalamualaikum..
mmberi salam itu sunat, mnjawab salam itu wajib :)

Hy :) < wat muke
Ok,oleh sebab aku dah habis spm, da lama dah. Area sminggu cam tu la. Bosan, xtaw nak wat pe, so, wat la seulas blog untuk coretan hidup ni . asal kan pandai bbicara.. haha, pandai bbicara ? mang pandai pon :)
K-k.  banyak faktor2 yg mndorong aku tok wat blog nih. Antara nya :

Ø  Kebosanan tahap  gaban kat umah ni..
xda apa nak wat. So, on9 je la keje aku. Ary2 on9 pon bosan gak. So, tjadi lah blog aku yg xbapa nak mnjadi nih =,=
Ø  Pengaruh fb
Oleh sbb aku tgk kat fb ni ramai yg wat blog, so, aku p la tpengaruh ngn dorg tuh. Senang bebeno tpengaruhnya. Papetah ~
Ø  Faktor berdakwah..
As a muslim, kiter d galakkan bdakwah. So, dgn ilmu yg aku ada ni. Insya-Allah, aku akan bkongsi apa2 ilmu yg aku seadanya :)

K ? erm, oleh sbb aku ni baru wat blog aku yg xbape nak mnjadi ni, so, aku belum la nak mnghias-hias blog ni. So, bia je dulu k ? <- xtaw nak hias cantik2 sbnarnya . haha

So, saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun :

                Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
                Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan .


Ok guys ? 

=salam=
suka? boleh LIKE ^^